Pakar Penjagaan Kesihatan Yang Dihormati, English | Bahasa Malaysia
Kami di Nestlé (Nestlé Products Sdn Bhd dan syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitannya sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 2016) ingin mengucapkan terima kasih kerana anda telah bersetuju untuk memberi peluang kepada kami untuk berhubungan dengan anda. Kami ingin memaklumkan bahawa privasi anda adalah amat penting untuk kami dan kami mahu anda menikmati perhubungan ini sambil mengetahui bahawa kami amat menghargai Data Peribadi anda dan akan melindunginya. Data Peribadi yang akan diambil termasuk:
- Nama Anda
- Maklumat Perhubungan seperti Nombor Telefon dan Alamat E-mel
- Nama dan Alamat Tempat Pengamalan
- Jawatan dan Maklumat Amalan seperti maklumat Bidang Kepakaran Anda dan Keahlian Persatuan
Data Peribadi anda akan digunakan dan diproses oleh kami untuk berhubungan dengan anda bagi tujuan-tujuan berikut:
- Untuk berhubung dengan anda melalui perjumpaan di tempat kerja, acara perubatan dan penglibatan multimedia termasuk melalui panggilan digital suara atau video dan komunikasi elektronik seperti e-mel, mesej teks, faks dan platform rangkaian sosial yang lain (secara atas talian dan aplikasi mudah alih), mengikut mana-mana yang berkenaan, yang akan membantu kami untuk memberi maklumat saintifik dan faktual mengenai pemakanan dalam pencegahan dan pengurusan penyakit, termasuk penerbitan terkini, kajian klinikal dan maklumat terkini produk kepada anda.
- Untuk menjemput anda dalam program-program dan aktiviti-aktiviti pendidikan perubatan yang berterusan, secara atas talian dan secara bersemuka, seperti persidangan, webinar dan perincian secara jauh.
- Untuk memahami keperluan dan pilihan anda supaya kami boleh memberikan penglibatan dan program pendidikan yang lebih bersesuaian dengan anda.
- Untuk mendapatkan maklum balas dan pendapat tentang acara terdahulu yang telah dianjurkan oleh kami melalui tinjauan dan/ atau soal selidik.
Pada masa tertentu kami mungkin melantik pembekal perkhidmatan, ajen dan kontraktor yang memberikan sokongan pentadbiran dan perniagaan bagi pihak kami (“Pihak-Pihak Ketiga Lantikan”) untuk memproses Data Peribadi anda. Kesemua Pihak-Pihak Ketiga Lantikan adalah terikat secara kontrak untuk mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk menyimpan maklumat dengan selamat dan tidak menggunakan Data Peribadi anda.
Anda mempunyai hak untuk meminta akses, meminta salinan, meminta untuk mengemaskini atau membetulkan Data Peribadi anda yang disimpan oleh kami. Segala perhomonan atau pertanyaan anda hendaklah dialamatkan kepada:
- Hubungi: Medical Salesforce Effectiveness Manager, Nestle Health Science
- Alamat: Nestlé Products Sdn. Bhd. 22-1, 22nd Floor, Menara Surian, No. 1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara 47810, Petaling Jaya, Selangor.
Atau
- Telefon : 03-7965 6000
Sila maklum bahawa kami memerlukan Data Peribadi anda untuk memberikan maklumat di atas, tanpanya kami tidak boleh berbuat demikian. Sekiranya pada bila-bila masa anda mahu untuk menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) kebenaran anda yang telah diberikan sebelum ini, sila hubungi kami di maklumat perhubungan di atas.
Terima kasih.